Tentang Pembimbing

Syihabudin Ahmad Mohd Yatim merupakan seorang mahasiswa Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau mengambil jurusan Syariah Islamiah sebagai bidang pengkhususan.

Beliau telah menulis beberapa buah buku ilmiah yang kini berada di pasaran Malaysia. Antara buku beliau adalah : Apa Erti Cinta, Lateral Al-Bukhari, Nota Panduan Ibadah Ramadhan, dan sebagainya.

Beliau pernah bekerja sebagai guru Al-Quran dan pengajian-pengajian berteras bahasa Arab di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Shah Alam, Selangor.

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah menyusun satu metode pengajian Al-Quran yang diberi nama : Kaedah Al-Jazary. Kaedah yang diguna pakai untuk orang yang belum tahu membaca Al-Quran.

Lanjutan maklumat diri beliau, boleh dilayari di link berikut : (Klik)